Tiga Kali

Hi LoVers,

Good morning everyone!!

Wahhh seronoklah kan hari ni hari last day kerja. Cuti 4 hari uolsss. Mau tak suka. Sure ramai yg plan pergi holiday & balik kampung kan. Tak sabar nak cuti pjg nih. Lps ni jgn ko hadap nak cuti pjg la yer. Takde lagi dah. Tunggu cuti raya jer nanti. Hehehhee

Cuti raya pun takde lah pjg mane pun. Raya sini2 jer pun. Bkn ade nak balik kg pun. So bg chance org2 jauh yg nak balik kg. Kita yg tak berapa nak ade kg ni, duk diam2. hehehe

Owh yer, semalam I was working as usual. Kerja pun tak byk sgt. Sbb Lyn suka settled kan kerja hari tu jugak. Tak suka carry forward tuk next day. Klu dah terpaksa, kena lah sambung next day nyer. So sambil2 buat kerja, layan WA & insta tetiba blackout. No electricity. So semua kerja stop. Ingat kita punya office jer, rupanya one whole area blackout after my HR called TNB.

So kita turun lah bawah, takkan nak lepak kat atas dgn panas bagai. Lepak2 borak2. Masa tu dlm 11am. My bos not around. WA dia siap2. Takut dia masuk plak. Kang menggelupur kepanasan plak dia. Tunggu gak klu TNB dtg repair. Bila my HR called dia kata ade kerosakkan kat main point dia & amik masa dlm 2 3 jam. Bila Management tau, dorang suh staff pergi break dulu & back at 1pm. Lyn malas nak duk office, siap balik rumah ko. Dkt kan. Rupanya mmg onw whole area takde, siap dgn traffic light pun tak function. Balik rumah sempat tidur & lunch skali. Heaven :)

Pukul 1pm baru siap2 balik office. Otw tu my clerk bagitau electricity already restored. Sampai office, buat kerja tak sampai setengah jam, blackout lagi. Ermm geram btul. Nasib baik kerja semua dah save. Klu tak, haru. Turun bawah lagi melayan perasaan. Klu duk atas mau berwap. Lama jugak kali ni sempat gak Lyn lena kat sofa.

Pukul 3 lebih baru ada balik. Pukul 4 lebih blackout balik. Kali ni tak lama. Dlm 10 minit jer. Tension betul kan dgn TNB ni. Semua kerja terbantut jadinya. Satu hari sampai 3 kali blackout. Yg kesian production dept lah sbb melibatkan machine. Kitorang pun penat gak. Stress tau. Nasib baik sampai bertahan sampai balik. Esok jgn jadi lagi sudah. Tapi klu jadi lama2 skit. Boleh gak balik rumah. Hehhee

Oklah korang. Nanti kita sambung lagi.

Happy long holiday everyone!!!

Wordless Wednesday #187

1 Cute :D


Lawak Santai

Pelajar vs Cikgu

Pelajar di dalam kelas
(-_-) (-_-) (-_-) (-_-) (-_-) (-_-) (-_-) (-_-)

Bila cikgu cakap esok ada ujian
(O_O) (O_O) (O_O) (O_O) (O_O) (O_O)

Ketika ujian
(→_→) (←_←) (→_→) (←_←) (→_→) (←_←)

Bila cikgu masuk
(↓_↓) (↓_↓) (↓_↓) (↓_↓) (↓_↓)

Setelah selesai ujian
(๏̯͡๏) (͡๏̯͡๏) (͡๏̯͡๏)(͡๏̯͡๏) (͡๏̯͡๏) (͡๏̯͡๏) (͡๏̯͡๏)


Hujan

CIKGU : Arip, kenapa kamu datang lewat hari ni?
ARIP : Hujan lebat cikgu..
CIKGU : Semalam, kenapa awak tak hadir??
ARIP : Hujan, cikgu..
CIKGU : Aik!! Hujan juga.. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??
ARIP : Banjir cikgu..
CIKGU : @#^%$%^*


Gay

Perbualan antara Amin dan ayahnya.

Amin:Ayah tadikan ada org ejek saya gay
Ayah:Napa x pukul je diorang?
Amin:Xboleh
Ayah:Napa
Amin:Diorang hensem sangat
Ayah:#%%%%&##


Iphone

Cikgu: Kalau ada sesiapa yang dapat jawab soalan saya, saya akan beri iPhone 5 ni..
Murid-murid: Wahh!! iPhone 5 la..
Cikgu: Baiklah.. KLCC ada berapa tingkat??
Murid A: Ada 88 tingkat cikgu..
Cikgu: Betul!! Nah iPhone 5 ni..

*satu saat kemudian..

Cikgu: Oooo.. Bawa iPhone 5 ke sekolah ea!? Bak sini handphone tu.. Saya rampas..
Murid A: &$&%#


Jalan Jalan Damansara

Hi LoVers,

Happy Monday everyone!!! Monday blues ka?? Takkan lah kan. Minggu kita kerja 4 hari jer. Minggu depan pun. So semangat skit pagi ni ok. Hehehe

Dah selalu sgt melayan kerenah my nieces. Kali ni melayan kerenah my youngest sis pulak. She’s plan to go somewhere in Damansara. My Adik ni mmg jenis duduk rumah. So klu tak cari apa2, mmg dia akan duduk rumah je. Tak mcm kakak dia yg sorang tuh. Pantang lepa. Hilang.. hehehe. Di sebabkan Lyn ni kaki jalan, dia ajak Lyn skali.

Plan nya pergi dua org jer since my mom & bro’s family takde kat rumah. They went to Segamat, fetched my nephew at UiTM, Segamat. My nephew dah habis Diploma. Lepas ni sambung kat UiTM Shah Alam jer. Last minute hubby dia joined sama. Boring duduk rumah katanya. Dan seharusnya Lyn tak drive. Duduk belakang jdi bos. Hehehe

So we straightly heading to Ikea first sbb Lyn nak beli brg. Sebelum tu kita singgah makan meatball dulu. Ramainya manusia, tak usah ckp lah. Ikea kan.. korang faham2 sendiri sudah. Nasib time tu queue tak ramai.

20150411_112544 Dorang berdua layan meatball. Teringin sgt katanya. Dorang ni mmg workaholic. So masa dorang mmg kerja jer. Tu yg susah nak ngajak plus dorang jenis yg duduk rumah.

20150411_112535 Lyn with salmon set. Sedap cuma tak dpt habis kan semua tuh. Portion dia bsar sgt kot. Awak ni dah lah jenis yg dah tak kemaruk makan mcm dulu. Eh tak lah, Lyn mmg kurang makan dr dulu lagi. Perut kecik uolsss. Settle makan kita shopping kat Ikea pulak. My BIL redha jer lah melayan kakak ipar & wife nya shopping. Hehehe. Tpi yg best BIL ni, dia ni ringan tulang. Apa yg kitorang shopping semua dia sorong dgn troli sampai lah ke kereta. Kitorang tau shopping & lenggang kangkong jer. Hehehe

Settled kat Ikea, kitorang ke TTDI pulak. Kali ni pi singgah Naelofar Boutique. My sis yg requested jugak. Lyn pun tumpang sekaki.

20150411_135923 Cari tudung tuk raya & jalan2 jugak. Owh Neelofa takde time kitorang dtg ni. Klu tak sure selfie kan. Takde rezeki nampaknya. Takpe, next time kita repeat lagi. Time try2 tudung, Lyn tak ambil pic pun. Khusyuk membelek tudung. Settled terus balik sbb Lyn ada hal lain petang tuh.

20150411_140416Ni Lyn punya & kiriman my sis jugak. Senang tudung ni, instant shwal. Sarung2 dah siap. Tak payah nak pin2 bagai. Normally Lyn pakai masa weekend jer. Senang. Pi kerja masih lagi melilit shawl & berpin2 ni. Masih rajin lagi. Skrg ni dah expert. Dulu2 terkial2 jugakk. Bokitta pun dah jarang pakai. Klu malas nak lilit baru sarung Bokitta. hehehe

Sampai rumah sempat lagi tidur sementara tunggu time nak kuar ptg tuh.

20150411_095406Btw, a day before, my bff surprised me with this. Belated birthday present katanya. Dpt warna shocking pink. Boleh pakai bila2 nnti.

2015-04-11-14-12-42-142Ok belanja satu pic selfie. I’m wearing Naelofar hijab. Yg ni beli online kt website dorang. Cantik kan. My friend berkenan sungguh. Jealous dorang bila Lyn send kat group wa. Then terus suh Lyn buat trip kesana sbb tak tau jalan. Alaaa.. tak yah nak trip2 bagai. Skrg ni waze jer. Sure sampai punya. Hehehe

Ermmm tudung dah cantik. Tapi eyebag… Masya Allah… failed :(


Kami Berdua

Hi LoVers,

Good morning everyone!!

I just noticed that this entry in my draft only. Pic jer, ayat nya ntah kemana. Ingat dah mengarang, rupanya kosong.. kosong.. Hehehehe

It was last month. Only both of us. Dua2 pun mengidam nak makan sesuatu. Dah lama jugak plan, tp weekend skrg ni susah skit nak bawak si kecik ni berjalan. Pagi ade swimming class, petang pulak ada taekwando. So klu nak ajak dia, kena in between tuh. Pagi tu sent over dia dulu. Tunggu jap, lepas jer settled terus bawak dia pergi The Curve. Jammed spt biasa lah jln nak ke Damansara sana. Can’t avoid.

2015-03-21-12-54-49-007 Sampai jer terus kitorang pi Pulau Ketam Steamboat. Tu lah yg kita duk ingin2kan. Fav both of us. Si kecik mmg excited. Sampai kan order pun dia dah tau dah yg mana best. Waiter tu pun suka duk melayan dia.

2015-03-21-12-55-09-258While waiting our food. Adik, you’re big baby now. Please.. please don’t grow up too fast. I missed you when you’re baby. Bdn pun skrg kemain semangat. Tapi skrg makan dah kena control skit. Nasib baik lah every weekend dia ada swimming class & taekwando. Klu tak, makin berisi nnti. Exercise kena buat selalu.

IMG-20150321-WA0007 Our selection of steamboat. Portion pun besar gak. Tu pun Lyn amik small set, tapi still rasa byk. Lyn bkn pemakan skrg ni. Kureng dah. hehehe.But bila mkn berdua tuh, syok dia lain macam lagi2 melayan kerenah si Puteri yg kuat makan tuh. Awak pun terjebak sama. hehehe.

Dia mcm biasa dgn tomyam, Lyn still dgn clear soup. Sbb nak pekena dgn sambal hijau dia yg kawwww tuh. Baru sedap mengancam. Lama jugak kita nak menghabis kan tuh. Maklum lah perut kecik. Hehehehe.

Settle makan, kita pi shopping plak. Lyn duk mencari office attire. Tiap2 kali keluar ade jer yg tak cukup. Pants lah, tops lah. Aduhaii… Bkn apa, kekadang nak cari office attire, tapi mata sure cari yg lain jugak. Sampai kena bebel dgn mak nenek kecik tuh. hehehe. Dia pun tau, auntie dia klu shopping, rambang mata sungguh. Hehhee. Belikan dia 2 3 pasang. Suka lah dia.

By 3pm kita balik dah. Sbb kul 4pm Puteri ada class taekwando. Tak bagi dia ponteng2. Nnti sure tertinggal.

Ok itu jer cerita bln lepas. Nnti kita korek lagi citer bln March punya. Ada lagi kot. hehehe.

Ermm mcm pelik plak hari Jumaat buat entry panjang gini. hehehe

Happy weekend everyone!!!!

Wordless Wednesday #186

1:D


Lawak Lah Sangat

Hadiah ke Tujuh Belas

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!


Fantasi Pemandu Teksi

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan, pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya. Merasa kehairanan, Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...

" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."
"Oh begitu!! tak der masalah, encik boleh mencium saya. Kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik, tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...

"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali. Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"


17th, 18th & 19th April

Hi LoVers,

Important dates to remember. Berderet 3 hari. Mmg tak pernah terlepas.

20150118_154412 17th April

My niece’s birthday. Puteri officially enter the new age. She’s 9 years old already. Happy birthday Adik. You’re great niece and I’m happy that you’re part of my life. I remember the day that you were born, everyone said you look like me. In fact, mmg betul pun. Perangai pun lebih kurang sama. Hehehe. I’m glad to be here for you and get the chance to see you grow up. But please.. please don’t grow up too fast. Hehehe.

Adik, happy birthday again. Be good to your Papa, Mama & all of us. Jangan lupa cita2 Adik tuh. I know you can do it. Study smart tau. Last but not least, I’m blessed to have you as a niece. Much love !!!

Just had a small celebration for her. I’m not attending coz Lyn ada hal malam tuh. Dpt tgk pic via whatsapp & merasa kek jer. Esoknya terus bagi dia kiss cepipi kat dia lama2. Hehehe. Hadiah otw. hehehe

18th April

Last Saturday, marked 12 years since Arwah Abah left us. Arwah was passed away on Friday 18th April 2003 (16 Safar 1424H). I can’t believe it has been 12 years already. Rasanya baru saja semalam. We still remember the sweet memories with him. Lyn & adik yg paling rapat sgt. Maklum lah anak bongsu & second last. Manja sure terlebih. He left us, leaving my mum, childrens & cucus at that time. No one can even replace him. He will and always be in our prayers. My one and only ABAH. We miss you so much ABAH!!! Al-fatihah.

Al-fatihah to my late two Atuk & Nenek, my two BIL, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi, Allahyarham A. Aziz bin Selamat, nephew Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan, niece Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga & muslimin muslimat yg telah kembali ke rahmatullah.

IMG_5694 19th April

My sister’s birthday. Happy birthday Ucu. I wish you a very warm and happy birthday. You are not only the sweetest sister but also a true friend. I feel blessed to have a sister like you. Semoga pjg umur & murah rezeki. Amin.

Ada buat small celebration jugak for her yesterday. Alaa… suka2 jer pun. Yg betul2 nnti kita combine semua birthday sekali masa our family day next month. Sekali harung jer buat. Senang & jimat jugak :)

TGIF

Hi LoVers,

It’s Friday which means… it’s almost weekend!! Because the weekend has landed and it's time to forget about work and tear it up!

Erm.. I can’t believe April is coming to an end, so soon. Out of topic sat. hehehe.

1 Oklah, happy Friday & have a great weekend.


Wordless Wednesday #185

1 Cute!!!!

Lawak Gadget

1
2
3
1
Wakakakaka


Small Reunion

Hi LoVers,

Good morning everyone!! Happy Monday la yer.

Sebulan ni Lyn memang busy betul jumpa my ex-schoolmates. Seronok betul. Klu dlm WA group tak pernah lah senyap. Mmg buzsy berborak jer. Tapi tak semua lah yg aktif pun. List nama jer ramai, tapi yg berborak less than 15 org. Yg lain malas kot. Just jadi pemerhati jer. Lyn pun kadang gitu. Baca jer. One of my friend yg jrg online, sekali tgk WA group sampai 6000. Gila tak gila kan. hehehe

Lyn pun kadang tak dpt tgk all the time pun dah 500 dah yg masuk. Tak tau lah apa yg di borak kan. Tapi klu Friday mmg borak memanjang, sbb next day kan weekend.

Skrg ni weekend jer, if I’m free, Lyn join jugak dorang lepak. It was last week. Roger2 WA group, zasssss jadik jer. Melepak dkt2 jer. Setia City Mall jer since ramai yg tgl area2 situ jer.

IMG-20150404-WA0049Had our hi-tea at Starbucks. Semua dtg single jer except kwn yg lelaki tu bawak satu family dia siap dgn anak2 sekali. Katanya nak celebrate anniversary sekali. Lama jugak kita lepak. Maghrib kat sana sekali. Senang. Then terus continue dinner.

Time dinner, kitorang2 jer. Dia dah pergi celebrate dgn family. Dtg lagi sorang kawan perempuan Lyn dgn anaknya.

2015-04-04-21-25-42-462 Jadinya lagi meriah kan. Sbb kitorang ni semua mmg byk ckp. Hehehe. Klu jumpa tu tak pernah lah senyap. Bercakap sokmo. Kadang tu tak tau sapa yg ckp. Time ni kitorang makan kat Johnny’s Steamboat. My first time having here. Boleh tahan jugak lah.

IMG-20150404-WA0058Sebelum makan kita bergambar tuh. Waitress jadi mangsa kitorang kena tolong snapped kan pic. Sambil tunggu order sampai, kita berborak & bergambar dulu. Ermm mana2 pun, tak kira lah kitorang ker, or sapa2 jer lah dlm dunia ni, tak sah klu tak bergambar kan. Mmg photo obsession betul lah. Tak boleh nak elak. Pastu upload kat instagram, FB or twitter. Jadi trend dah skrg ni.

20150404_213203Our dinner. Penuh satu port tuh. Time hujan lah pulak. Memang sesuai sgt pekena tomyam panas2 nih. Menghirup tu yg paling best. 1st round dah habis, kita pi tambah lagi. Tapi tak byk lah. Takut tak habis nnti.

IMG-20150404-WA0055 Mmg licin licau kitorang kerjakan. Buruk perangai betul. Hehehe. Tapi bagus lah kan klu kita makan habis cmni. Tak lah membazir namanya.

IMG-20150404-WA0066Lepas tu sambung melepak kat luar pulak. Yg sorang pulak balik sbb anak dah mula meragam. Penat mengantuk segala bagai. Dtg plak kawan sorang lagi dgn anak2nya. Hehehe. Masing2 berganti bagai. Tapi kitorang berempat ttp setia sehingga akhirnya. Hahaha. Eh yg Lyn napa tegak bergambar gitu, skema betul.

IMG-20150405-WA0001Another group pic sebelum masing2 balik. Ikutkan hati byk lagi cerita. Mmg takkan habis punya. Tapi dorang masih ade commitment lain. Lain lah Lyn & one of my friend yg tudung pink sebelah Lyn tuh. Kitorang bujang. hehehe

By 11pm, kita balik. Happy betul dpt jumpa sebahagian dr dorang ni. Tapi mcm Lyn ckp lah, tiap2 minggu muka dorang jer. Yg lain2 Lyn belum jumpa lagi. Sbb masing2 ada hal. Klu nak tunggu semua free, ntah lah bila lah kan. Jadinya kita jumpa mana yg free dulu.

Ok nnti kita sambung lagi. Kbai :)



Hello!!!

She/He is so clever. Have a great weekend everyone. 

Ps: Pssss... tuan tanah down with migraine. Huhuhu. Bye!!!

Lawak

Dua Orang Kaya dan Pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan, "Yes Sir!! Right A way!!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.
Orang kaya I itu beritahu ke temannya, "Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : "Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau."Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. "Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak?"

Rambo: "Yes Sir!! Right A Way!!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.
Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan.

King Kong : "Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : "Kau fikir boss kau stupid ha? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah. Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"


Kunci Kereta

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.

Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata, “Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”

“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh, sampai gunakan penyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau, kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”

“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”


Kisah Tiga Anak Dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Wordless Wednesday #184

1 Ouchhh!!!


Hi

Hi LoVers,

Happy Monday & morning everyone!!!

I’m not Monday blues today. Excited to go to work actually. Sbbnya… adalahhhhh….. hehehehe.


1Today is such a tiring Monday after busy weekend. Tapi mcm Lyn ckp tadi, suka plak even hari ni hari isnin. hehehe.

Ok bye, nak continue my work. Daaaaaaaaaaaaaaa :))


Woot Woott!!!!

Hi LoVers,

Waiting for the weekend?? It’s tomorrow dude :)

1Let's dance together!!

Happy :DD


Lawak Khamis

Kisah Suami Isteri

Sang suami yang bekerja di luar negeri menulis surat kepada isterinya:

Dear Sweetheart,

Abang tidak dapat menghantar duit perbelanjaan bulan ini kerana abang telah kehabisan duit. oleh itu abang hantarkan sahaja 100 ciuman untuk sayang.
Muahhhhhhhhhhh X 100.

Yang Benar,
Suami mu.

———————-

Isterinya Membalas*

Sweetheart Dearest,

Terima kasih kerana menghantar 100 ciuman. Ini adalah senarai perbelanjaan dinda dengan 100 ciuman tersebut:

1. Ramachandran penghantar susu bersetuju untuk menghantar susu percuma dengan 2 ciuman.
2. Tukang elektrik hanya bersetuju selepas ditawarkan 7 ciuman.
3. Tuan rumah datang amik 20 ciuman untuk menggantikan bayaran sewa umah.
4. Tokey supermarket tidak menerima ciuman, jadik saya kasi la yang lain (harap abang memahami)
5. Lain2 kegunaan 40 ciuman.

Jangan risaukan tentang dinda kerana dinda masih mempunyai balance ciuman. Dinda harap dapat menggunakan baki ciuman untuk kegunaan bulan ini. Adakah bulan hadapan juga kanda akan melakukan perkara yang sama, sila beri nasihat..

Yang benar
Isterimu


Lawak Tiga Pemuda & Mak Nenek

Terdapat sebuah gunung yg digelar 'Gunung Hajat' di mana sesiapa yg terjun dari gunung itu lalu meminta sesuatu hajat, maka ia akan termakbul.

Tiga org pemuda telah sedaya upaya memanjat gunung itu dan akhirnya mereka sampai ke puncak. Pemuda pertama hendak menjadi seekor burung. Maka dia terjun dan menjeritkan permintaannya dan Kapushh... dia telah menjadi seekor burung.

Pemuda kedua bagaikan tidak percaya sahaja dgn apa yg dilihatnya. Dia terus terjun dan menjerit, "Aku nak jadi superman!!!". Sudah tentu, permintaannya juga dimakbulkan dan dia sempat berkata kepada pemuda ketiga, "Kenapa... tak percaya aa??"

Pemuda ketiga pun dah naik jeles dgn pemuda kedua tadi. Dia mengambil lajak beberapa tapak ke belakang dan telah memasang niat utk menjadi pesawat Stealh utk mancabar pemuda kedua. Dia pun berlari, akan tetapi dia telah tersepak seketul batu di pinggir tebing lalu melatah, "Mak nenek... ", dan terus jatuh ke bawah...dan menjadi.....

Mak nenek laaaaa….


Pelacur Dan Driver Teksi

Seorang lelaki membawa kekasihnya pergi berjalan-jalan jauh dari bandar dan tiba-tiba lelaki itu memberhentikan kereta nya disuatu tempat yang sunyi.

Lelaki itu memandang kekasihnya dengan pandangan yang mengoda...Tiba-tiba kekasihnya bersuara. Sayang, sebenarnya I sepatutnya bagitau u awal2..I sebenarnya pelacur..so kalau u nak...u kene bayar..sekali RM50.

Lelaki itu merenung kekasih nya yang seksi itu..lalu tanpa bicara menghulurkan RM50 kepada kekasihnya itu..Lalu mereka pun melakukannya. Setelah selesai...Lelaki tersebut hanya menghisap rokok dan merenung ke luar tingkap kereta.

Setelah beberapa ketika, kekasihnya bersuara "Sayang, takkan kita nak lepak sini je. Jom la kita balik ke bandar". Lalu lelaki itu pun menjawab, “Sebenarnya dah lama I nak gtau u awal2 yang I ni driver teksi...kalau u nak balik..u kena bayar i RM60”

Wordless Wednesday #183

gst GST di mana-mana #$%^&*()